AFAMOSA RESORT MELAKA - FAMILY DAY 2016 HARI 2

05:46:00

Assalamualaikum ampa    

Sorry la lambat sangat nak update sambungan kisah kedua nie, bukannya sudah lupa,  hati nie selalu teringat-ingat tetapi kekangan masa tak membenarkan....hehehe ok jom sambung naa..
Pada hari kedua semua kaum wanita bersepakat untuk masak sarapan pagi. Menu kitaorang untuk sarapan pagi bihun goreng dan sandwish sardin.. Semua kaum keluarga memakai baju familyday keluarga toklong. Selepas dah kenyang semua dah ready nak gerak ke AFamosa Waterpark.

Family pakcik. 
sebelum bergerak take photo dulu  

Morning peps!!!!

Sekitar jam 9.00 pagi sampai di waterpark, tapi tak boleh nak terus main air..huahuahua Sebab ada telematch plak. Perkara wajib bila buat family day.


masing masing kaki selfie  

yang ada kids tapi tak bawa pelampung. 
Dont worry naa tue macam2 jenis ada 

Pakcik zambry & makcik ta muat ker pelampung tue..hihihi
sweet couple   


 2 teruna masih available..   
Berminat sila mai temuduga dulu naiihh... 

Jom lihat siapa yang kena!!! Game pertama: Mumia

Selalu jeer  jadi mangsa, tapi tak pernah menang pon..hahaha



Tengok tue dia punya syok balut sampai hidong pon tak 
nampak aihhh   mintak nyawa...huhu

mana 1 pilihan hati 

Maw jumpa malam hari agak2 cabut lari tak    


Game ke-2: Fireman Dilemma

mendengar arahan dulu, cara-cara permainan

bincang strategik untuk menang..
Tapi menang kaa..haha  

permainan pun bermula 

semangat maw ada 




walaupun penat semua very supporting dan gembira.
Diteruskan dengan game ke-3: Sarong Race

syarat permainan masuk dalam kain sarung/kain pelikat 
secara berpasangan. Dan menuju ke garisan penamat tetapi 
tak boleh nampak kaki. Tak kisah la ampa nak berjalan ka
atau berlari jika nampak kaki kira kalah.

cepat dik cepat...hehehe

Game ke-4: Dadu puaka

Setiap kumpulan memilih seorang ke depan. 
Mereka yang dipilih dikehendaki melontar dadu. 
Jika dapat dadu berwarna hijau langkah kedepan.
Jika dapat dadu berwarna merah undur kebelakang.

    aksi-aksi peserta  

semangat tak pernah pudar


kalah menang tak penting, 
           yang penting semua happy  

Game ke-5: Barisan terpanjang


Selesailah sudah telematch familyday untuk tahun 2016.

Semua dah tak sabar nak main air, so telefon bagai semua simpan daaa...
Bila semua dah berpecah tue faham2 la kan, berkumpul balik bila makan tengahari
selepas itu, sambung main air lagi.. Agak tak kecut jari tue tak biru kulit tak naik la nak main air ja.


keluarga paksu   

orang-orang penting dalam keluarga  

we are happy family  






Rasanya pukul 4 petang jugak baru keluar dari theme park.. Kalau nak diturutkan masih ada yang nak main lagi, tetapi disebabkan langit pun gelap dan sudah hujan jadi semua decide nak balik banglow la.. Tapi sampai rumah jangan ingat terus rehat taw, sambung lagi terjun kolam...   
Semua nak menikmati sungguh percutian kali ini, esok dah nak balik....



kolam geng muda


kolam geng veteran


Pada malam hari selepas makan malam ada acara penyampaian hadiah bagi pemenang telematch kemudian ada cabutan bertuah. Selepas semua selesai, aktiviti bebas. Boleh karaoke :)



Sebahagian dari pemenang-pemenang

Bos besar jaga bahagian karaoke..hehe

Sekian untuk hari kedua, nanti kak fiza update untuk hari ke-3 plak yer... Harap dapat membantu ampa sedikit sebanyak yang bercadang nak buat familyday di AFamosa Melaka...

#afamosaresortmelaka #cuticutimalaysia #familydaytoklong2016

semoga gembira selalu... tata 



KALAU NAK BACA HARI LAIN KLIK SINI  
















































































You Might Also Like

0 comments

recent posts

Pengunjung Dari


widgets

Subscribe